Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang Dan Anak Gemilang Persiap Malaysia 2011
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Penyampaian Anugerah Anak Cemerlang anjuran PERSIAP MALAYSIA 2011 telah diadakan pada 17 September 2011 bersamaan 19 Syawal 1432 Hijrah. Majlis telah diadakan di Dewan Teratai, Maktab Penjara Malaysia. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang DiPertua PERSIAP Malaysia, Y. Bhg. Datin Wira Hajah Noraini binti Haji Man serta Y. Bhg. Datin Hajah Fatimah bt Haji Mohamed mantan YDP Persiap Malaysia.
Seramai 206 orang penerima Anugerah Anak Cemerlang di atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi tahun 2010 dari seluruh cawangan Persiap turut diraikan dan diberi sumbangan berupa wang tunai dan sijil penghargaan. Anugerah Tokoh Pelajar Gemilang 2010 pula telah disandang oleh adik Nurain Nabilah bt Mat Rawi dari Persiap Cawangan PPA Machang, Kelantan.
Di dalam kemeriahan majlis ini, sumbangan turut diberikan kepada ahli dan keluarga ahli PERSIAP yang menghidapi penyakit kronik seperti kanser rahim, sakit jantung, lukemia dan down syndrome dengan harapan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringkankan beban yang terpaksa ditanggung. Sebanyak 15 cawangan telah menerima sumbangan bagi mewakili seramai 41 ahli yang ditimpa masalah kesihatan.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dari Kombo Jabatan Penjara Malaysia serta nyanyian lagu Hari Raya dari Y. Bhg. Datin Wira Hajah Noraini binti Haji Man dan beberapa ahli PERSIAP cawangan yang lain.

Kali Terakhir dikemaskini (THURSDAY, 06 OCTOBER 2011 00:46)