Pertandingan Gubahan Kreatif Koko
Pada 8 Oktober, bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Pertandingan Gubahan Kreatif Koko yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Pasaran dan Tekno-Ekonomi, Lembaga Koko Malaysia dan telah disertai oleh salah seorang ahli Persiap cawangan Sungai Buloh iaitu Puan Fatimah binti Ishak.
Beliau telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut yang disertai oleh seramai 15 orang wakil dari pelbagai pertubuhan seluruh Malaysia. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500, sijil penyertaan dan cenderahati dari pihak penganjur. Pertandingan tersebut telah diadili oleh 3 orang juri profesional dari hotel terkemuka tanahair.
Tahniah diucapkan kepada Puan Fatimah kerana telah mengharumkan nama Persiap Malaysia.

Kali Terakhir dikemaskini (MONDAY, 17 OCTOBER 2011 00:34)