Lawatan Kebajikan Persiap IPPM/MPM Sempena Hari Jabatan Penjara Malaysia 2011
Bersempena dengan sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia 2011 pada 3 November 2011, PERSIAP IPPM/MPM telah membuat lawatan kebajikan iaitu melawat isteri Kpl. Abu Bakar bin Yusof, Puan Bahariah binti Rawi yang menghidap sakit kanser usus dan serviks. Lawatan ke rumah di Blok H Kuarters Penjara Kajang diadakan selepas sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia yang berlangsung di Maktab Penjara Malaysia. Y. Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini Binti Hj. Man sudi turut serta bersama ahli PERSIAP IPPM/MPM dalam lawatan tersebut yang diketuai oleh Pengerusi PERSIAP IPPM/MPM Puan Shakirah binti Jusoh.
Dalam lawatan kedua pula telah melawat KIP Rahayu binti Ismail di kediamannya di Prima Saujana yang selamat melahirkan bayi perempuan pada 29 Oktober 2011. Sumbangan kebajikan dan ikhlas ahli PERSIAP IPPM/MPM telah dihulurkan dalam lawatan tersebut.
Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 04 NOVEMBER 2011 10:15)