Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tertinggi Bil 3/2011, Pertandingan Nasyid Dan Permainan Tradisional (Congkak)
Buat julung kalinya PERSIAP telah menganjurkan aktiviti dengan menggabungkan tiga cawangan dari zon yang berbeza, PERSIAP Cawangan Penjara Seberang Perai sebagai tuan rumah, PERSIAP Cawangan Penjara Marang melaksanakan tanggungjawab sebagai Urusetia Pertandingan Nasyid manakala PERSIAP Cawangan PPA Muar diberi tanggungjawab sebagai Urusetia Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak). Aktiviti dilaksanakan bermula dari 2 Disember 2011 iaitu sebaik para peserta selesai mendaftar masuk, kesemua yang hadir telah berkumpul di Surau As-Sakinah untuk Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil.
Pada 3 Disember 2011, seawal jam 8.30 pagi Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak) telah diadakan di Blok Talapia. Sebanyak 27 pasukan yang dianggotai 4 orang pemain mewakili cawangan masing-masing telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
 Tempat Pertama  : PERSIAP Cawangan PPA Machang
 Tempat Kedua    : PERSIAP Cawangan Penjara Kluang
 Tempat Ketiga     : PERSIAP Cawangan Penjara Pengkalan Chepa
 Tempat Keempat : PERSIAP Cawangan Penjara Sungai Buloh
 Pakaian Terbaik   : PERSIAP Cawangan PPA Batu Gajah
Semasa Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak) berlangsung, Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tertinggi Bil 3/2011 diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Wira Hjh. Noraini bt. Hj.Man, Yg. Dipertua PERSIAP dihadiri oleh AJK Majlis Tertinggi dan Setiausaha Cawangan.Â
Sebaik selesai bermesyuarat, Pengerusi PERSIAP cawangan dan AJK Tetap Majlis Tertinggi telah menyertai Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak) bagi kategori VIP. Berikut adalah keputusan pertandingan bagi kategori ini :
 Tempat Pertama  : Puan Fauziah bt Ishak (Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Sungai Udang)
 Tempat Kedua    : Puan Hjh. Musalmah bt. Mohd. Salleh (Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Sungai Udang)
 Tempat Ketiga    : Puan Nasimah bt. Mohamed Salleh (Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Simpang Renggam)
 Tempat Keempat : Puan Norizan bt. Deraman (AJK Tetap Majlis Tertinggi)
Pada sebelah malamnya, telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Nasyid dan Permainan Tradisional (Congkak) yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia merangkap Penaung PERSIAP. Di majlis ini, 10 kumpulan nasyid yang bertanding mewakili PERSIAP cawangan telah menyampaikan persembahan masing-masing. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
 Tempat Pertama : Kumpulan As-Suffi dari Kompleks Penjara Kajang
 Tempat Kedua   : Kumpulan Raudhatul Husna dari PERSIAP Cawangan Penjara Pokok Sena
 Tempat Ketiga   : Kumpulan Nur Insyirah dari PERSIAP Cawangan Penjara Simpang Renggam
Kesemua yang terlibat kembali ke destinasi masing-masing pada 4 Disember 2011.
Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak berjaya, cuba lagi di pertandingan akan datang.
Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 09 DECEMBER 2011 09:31)