Bengkel Pengurusan Jenazah
Pada 14 dan 15 Disember 2011, Unit Latihan dan Unit Agama Penjara Seberang Perai telah bekerjasama mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah peringkat kakitangan dan PERSIAP Penjara Seberang Perai bertempat di Surau As-Sakinah Penjara Seberang Perai. Bengkel ini disertai seramai 30 orang kakitangan dan 8 orang ahli PERSIAP.
Sepanjang bengkel ini berlangsung, peserta telah diterangkan ‘Adab-Adab Menziarahi Orang Sakit’ yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Mohamad zaki bin Hj. Abdul Halim Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, “ Detik Kematian” oleh Ustaz Jafri bin Abu Bakar, “Muhasabah Diri” oleh Ustaz Izab Hambali bin Hj. Hamzah Kaunselor IIESQ dan ‘Pengurusan Jenazah” oleh Hj. Kamaruddin bin Nor Asmana Kifayah.
Objektif bengkel ini adalah bagi melatih dan mendedahkan tentang tatacara yang terperinci mengenai cara memandikan dan menyembahyangkan jenazah. Selain itu, bengkel ini juga dapat melepasakan tuntutan fardhu kifayah dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat dengan rakan sekerja, ibu bapa serta orang awam yang lain.

Kali Terakhir dikemaskini (MONDAY, 19 DECEMBER 2011 02:44)