Majlis Perasmian TASKA Nur Ain Penjara Bentong
Pada 29 Disember, 2011 yang lalu telah berlangsung Majlis Perasmian TASKA Nur Ain Penjara Bentong. Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Wira Hajjah Noraini binti Haji Man selaku Yang DiPertua PERSIAP Malaysia. Ketibaan YBhg. Datin Wira telah disambut oleh Puan Hajjah Rosnani binti Mohamed, Pengerusi PERSIAP Penjara Bentong. YBhg. Datin Wira telah memotong riben dan seterusnya menandatangani Plak Perasmian sebagai tanda perasmian TASKA Nur Ain. Taklimat ringkas perjalanan TASKA Nur Ain telah disampaikan oleh Pengerusi TASKA Nur Ain, KIP Ainih Awang Sapli.
Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa PERSIAP Penjara Bentong, Ahli Jawatankuasa TASKA Nur Ain Penjara Bentong serta ibu bapa anak-anak yang terlibat.
Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 13 JANUARY 2012 09:04)