Program Senamrobik
Pada 9 Mac 2012 bertempat di Rumah Kelab Penjara Jelebu, satu aktiviti senamrobik telah dianjurkan oleh Persiap Penjara Jelebu. Program ini dimulakan pada pukul 6.00 petang dan berakhir jam 7.10 petang.
Program senamrobik ini digamatkan lagi dengan kehadiran seramai 50 ahli Persiap yang dipimpin oleh Puan Noriah bt Ismail. Penglibatan kanak-kanak amat menceriakan dan memeriahkan program pada petang tersebut.
Program sebegini bertujuan bagi menyemai dan membudayakan kepentingan bagi menjamin kesihatan diri yang baik, menggalakkan masyarakat mengamal gaya hidup yang sihat, dan merapatkan perhubungan di kalangan masyarakat sejajar dengan Gagasan 1 Malaysia.

Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 03 APRIL 2012 09:15)