Senam Seni 1 Malaysia Persiap Zon Utara 2
Program Senam Seni Persiap Malaysia Peringkat Zon Utara 2 telah diadakan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Taiping anjuran PERSIAP Malaysia bersama Unit Kebudayaan Dan Kesenian Jabatan Penjara Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Wira Hjh. Noraini Bt Hj. Man selaku yang DiPertua PERSIAP Malaysia diiringi oleh Puan Zihana binti Mohd Zain, Ketua Biro Sukan PERSIAP, Puan Hasliza binti Mayan, Pengerusi PERSIAP PULAPEN, pengerusi-pengerusi cawangan Zon Utara 2.
Program Senam Seni 1 Malaysia PERSIAP Zon Utara 2 turut dihadiri oleh ahli PERSIAP dari Penjara Tapah, PPA Batu Gajah, Penjara Taiping, Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Penjara Seberang Perai, Penjara Pulau Pinang. Instruktor terdiri dari anggota kumpulan Galasari dari Unit Kebudayaan dan Kesenian Jabatan Penjara Malaysia.

Selesai Program Senam Seni, semua peserta menikmati sarapan pagi di Dewan Makan asrama baru. Selesai sarapan pagi, semua peserta mendengar ceramah kesihatan yang diadakan di Audotorium Ilmu bertajuk “ Kesihatan Wanita” yang disampaikan oleh Dr. Noor Baizura Binti Kamaruddin dari Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama di samping berpeluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Peserta Program Senam Seni juga berpeluang untuk menyaksikan Simulasi Modul Cabul, Rogol dan Ragut untuk wanita.
Pada Jam 3.00 petang, YBhg Datin Wira telah meluangkan masa untuk melawat pesara Tuan Idris Yaman, di Hospital Taiping di Wad C6 kerana kencing manis yang ditemani oleh isteri Puan Che Omzawieyah, serta menyampaikan sumbangan serta berharap agar kesihatan Tuan Idris Yaman akan bertambah baik.

Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 10 APRIL 2012 07:50)