Program Ziarah Biro Kebajikan & Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu Di Zon Utara
Pada 7 hingga 9 November 2012, YBhg. Datin Hjh. Shakimah binti Abdullah, Naib Yang Dipertua PERSIAP diiringi oleh YBhg. Datin Norriza Binti Mohamed, Ketua Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu PERSIAP, IP Ritarimaya Mustapha (Setiausaha Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu), Puan Salmah Sulaiman (Setiausaha Biro Kebajikan) serta Puan Hjh Helmiah binti Redwan (Ahli bersekutu Zon Tengah) telah membuat lawatan PERSIAP Zon Utara.
Â
Lawatan diadakan untuk menyampaikan sumbangan kepada ahli/anak ahli PERSIAP yang menghidap penyakit kronik/OKU (orang kelainan upaya) sebagai tanda keprihatinan atas penderitaan yang dialami dan melihat sendiri keadaan/masalah kesihatan kakitangan, anak kakitangan. Disamping beramah mesra bersama Ahli Bersekutu PERSIAP Zon Utara serta mengumpul maklumat semua ahli bersekutu lama dan baru untuk memudahkan Jawatankuasa Induk dan Cawangan berurusan agar mereka tidak dipinggirkan walaupun telah bersara.
Program dimulakan pada 7 November, 2012 dengan pemberian sumbangan kepada 10 orang ahli/anak ahli PERSIAP Penjara Pulau Pinang yang layak menerima sumbangan.  Ketibaan telah disambut oleh Puan Norhasliza binti Shaari, Pengerusi PERSIAP Penjara Pulau Pinang, AJK PERSIAP Cawangan serta kakitangan penjara.
Selepas penyampaian sumbangan di Penjara Pulau Pinang, lawatan ziarah ini diteruskan ke Penjara Alor Setar di mana pada sebelah malam telah diadakan majlis Ramah Mesra bersama Ahli Bersekutu PERSIAP Kedah/Perlis. Kehadiran disambut mesra oleh Puan Che Morni binti Che Kob, Pengerusi PERSIAP Penjara Alor Setar serta AJK PERSIAP Alor Setar. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan kugiran Penjara Alor Setar. Turut hadir bersama PKP Ahmad Saidi bin Hamzah, Pengarah Penjara Alor Setar dan beberapa orang pegawai kanan. Seramai hampir 90 orang telah hadir di majlis ramah mesra pada malam itu.
Keesokan harinya 8 November 2012, lawatan ziarah diteruskan ke PERSIAP PPA Batu Gajah untuk pemberian sumbangan kepada 6 orang ahli/anak ahli PERSIAP PPA Batu Gajah yang layak menerima sumbangan. Ketibaan disambut oleh PKP Osman bin Lehan, Pengarah Penjara PPA Batu Gajah serta isteri Puan Faridah binti Abd Malik, AJK PERSIAP dan kakitangan.
Pada sebelah petang pula, YBhg. Datin Hjh. Shakimah dan rombongan berangkat ke Penjara Taiping. Ahli rombongan bersama PKK Shukri bin Saad serta isteri Puan Mazlina bin Seman, kakitangan penjara dan AJK PERSIAP Penjara Taiping untuk menziarahi isteri Kpl. 7509 Suhimi @ Suhaimi bin Hj Abdul Kadir iaitu Puan Norlizawati bin Din yang baru beberapa minggu menjalani pembedahan kanser payudara. Turut hadir bersama Puan Hasliza binti Mayan, Pengerusi PERSIAP PLPP, Taiping. Rombongan turut meluangkan masa menziarahi mantan Pengarah Penjara Taiping iaitu Tuan Hj. Jamaluddin bin Hj. Ramdhan serta isteri di kediaman mereka di Pokok Assam dan KIP Idris bin Yaman serta isteri yang uzur di kediaman mereka di Kg. Assam Kumbang.
Pada sebelah malam, program diteruskan dengan majlis beramah mesra bersama Ahli Bersekutu PERSIAP Perak di PLPP Taiping. Hadir bersama Puan Hasliza binti Mayan, Pengerusi PERSIAP PLPP, Taiping dan AJK PERSIAP serta kakitangan. Majlis tersebut meriah dengan kehadiran lebih kurang 60 orang tetamu.
Pada 9 November 2012, lawatan ziarah diteruskan ke PERSIAP Penjara Tapah. Ketibaan disambut mesra oleh PKK Rosni bin Mansor, Pengarah Penjara Tapah serta isteri Puan Hawa bt Adenan, AJK PERSIAP Tapah dan kakitangan. Program dimulakan dengan melawat bengkel jahit wanita, bengkel pastri dan bengkel coklat Penjara Tapah. Program diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada seorang anak kakitangan yang mengalami masalah Autisma. Selepas makan tengahari, rombongan program ziarah berangkat balik ke Kajang.

Kali Terakhir dikemaskini (MONDAY, 19 NOVEMBER 2012 08:24)