JOM JELAJAH LANGKAWI PERSATUAN ISTERI, ANAK-ANAK DAN ANGGOTA PENJARA MALAYSIA ( PERSIAP ) PADA 15 HINGGA 17 DECEMBER 2012
1.0 PENGENALAN
Program Treasure Hunt PERSIAP adalah synergy baru kepada program-program yang dijalankan sebelum ini. Pendekatan yang pelbagai dalam pelaksanaan program bertujuan memberi impak yang lebih kepada ahli-ahli PERSIAP. Konsep ini adalah bagi penambahan nilai atau value added bagi setiap program yang dianjurkan oleh PERSIAP Malaysia. Program lebih memfokuskan kepada outcomes dan merupakan aktiviti yang julung kali diadakan oleh PERSIAP Malaysia.
2.0 OBJEKTIF
Tujuan utama penganjuran program ini ialah untuk memenuhi citarasa setiap peserta dengan pengisian aktiviti menjelajah Pulau Langkawi secara berkumpulan dan menguji minda dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan keselamatan, pemanduan berhemah dan juga pelbagai aktiviti PERSIAP selain itu ia dapat mengeratkan silalturrahim di antara ahli kumpulan walaupun tinggal di berlainan negeri / jabatan.
3.0Â PENGANJUR
Persatuan Isteri, Anak-Anak Dan Anggota Penjara Malaysia (PERSIAP)
4.0Â PENGELOLA
Akademi Koreksional Langkawi, Kedah Â
5.0Â TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh :Â 16 Disember 2012 ( Ahad )
6.0Â TEMPAT
Sekitar kawasan Langkawi
7.0Â PERATURAN UMUM
Pertandingan akan dijalankan mengikut Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan dengan khidmat  nasihat Jabatan Pelancongan Langkawi, Kedah dan Polis Diraja Malaysia Cawagan Pekan Kuah, Langkawi.
8.0Â PERATURAN TAMBAHAN
Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti PERSIAP Jabatan Penjara Malaysia
9.0Â JOM JELAJAH LANGKAWI
9.1Â Â Â Â Pendaftaran peserta
9.1.1Â Setiap cawangan menghantar 2 orang peserta bagi program ini.
9.1.2 Pendaftaran nama peserta hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya  peserta yang berdaftar sahaja dibenarkan   untuk mengambil bahagian.
9.1.3Â Seorang peserta hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.
9.1.4 Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan wakil cawangan Persiap yang berlainan  negeri.
9.1.5 Pembahagian kumpulan dan perlantikan ketua kumpulan akan ditentukan oleh pihak urusetia dan akan diumumkan pada 15  Disember 2012 semasa taklimat program diadakan.
9.1.6Â Pendaftaran peserta hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran A dan dihantar sebelum 7 Disember 2012Â kepada:
            Urusetia Program
            Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga PERSIAP
           (u.p: IP Zunita Binti Hj. Zainon @ Zainol )
       Â
10.0Â Kaedah
Peserta perlu bergerak untuk program ini secara berkumpulan dengan mengikut arahan oleh pihak penganjur ke destinasi yang telah ditetapkan dengan menerima pembayang (klu) ataupun melakukan tugasan untuk ke destinasi seterusnya.
10.1Â Â Â Syarat-syarat pertandingan .
10.1.1Â Semua ahli PERSIAP, TIDAK termasuk urusetia serta ahli yang berasal daripada Langkawi, Kedah
10.1.2Â Penyertaan adalah secara berkumpulan terdiri daripada 4 orang peserta
10.1.3 Pihak penganjur akan menyediakan kenderaan, Peta sekitar kawasan Langkawi dan juga makanan ringan semasa program jom   jelajah ini dijalankan.
10.1.4Â Masa yang diberikan untuk pertandingan adalah selama 3 jam iaitu mulai jam 9.30 pg hingga 1.30 ptg
10.1.5 Pemarkahan adalah dibuat berdasarkan kepada masa terawal hadir ke setiap checkpoint bersama dengan tugasan yang telah dilaksanakan serta jawapan yang betul dan tepat di lokasi yang telah ditetapkan.
10.1.6Â Sebarang perubahan syarat akan dimaklumkan semasa pertandingan.
10.1.7 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang insiden yang berlaku melibatkan kemalangan jiwa, kerugian harta benda serta kecederaan ke atas peserta/pengunjung sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.
10.1.8Â Pihak penganjur berhak MENOLAK mana-mana penyertaan yang tidak mengikut syarat pertandingan dan membatalkan mana-mana peserta yang melanggar peraturan dengan TIDAK memulangkan yuran penyertaan
10.1.9Â Nama peserta yang berdaftar sahaja dibenarkan menyertai program ini
10.1.10Â KEPUTUSAN PANEL HAKIM ADALAH MUKTAMAD
11. 0Â BANTAHAN
11.1.  Bantahan berkaitan dengan sesuatu keputusan program ini atau kelayakan seseorang peserta mestilah dibuat secara bertulis   kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program dengan disertakan Wang Cagaran secara tunai Sebanyak RM200.00(Ringgit    Malaysia: Dua Ratus Sahaja) dalam masa 1 jam selepas tamat pertandingan.
11.2  Wang bantahan sebanyak RM200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja ) tersebut akan dikembalikan jika bantahan berjaya   dan begitulah sebaliknya.
12.0Â Â PENGAWAI PERTANDINGAN / TEKNIKAL
Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan pegawai pertandingan / teknikal / marshal dikalangan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia yang terpilih dari aspek integrity dan disiplin diri.
13.0 Â MAKAN / MINUM DAN PENGINAPAN.
13.1. Makan minum pemain semasa kejohanan disediakan oleh pihak Pengelola Pertandingan dan PERSIAP.
13.2Â Tempat Penginapan akan disediakan oleh pihak penganjur program ini
14.0 Â JURI
Juri akan disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur
15.0 Â HADIAH-HADIAH
Hadiah menarik menanti pemenang.
16.0Â YURAN PERTANDINGAN
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100.00 bagi seorang peserta. Bayaran tidak akan dipulangkan jika peserta menarik diri di saat akhir.
17.0Â PASUKAN YANG DIJEMPUT MENGAMBIL BAHAGIAN
Semua PERSIAP cawangan adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini termasuk ahli di Pejabat Parol Negeri dan Daerah dengan gabungan penyertaan seperti berikut :
17.1Â PERSIAP Cawangan Penjara Alor Setar
         Parol Daerah Kota Setar
17.2Â PERSIAP Cawangan Akademi Koreksional Langkawi
        Parol Daerah Langkawi
17.3Â PERSIAP Cawangan Penjara Sungai Petani
         Parol Daerah Sg. Petani
          Parol Daerah Sik
17.4Â PERSIAP Cawangan Penjara Pokok Sena
        Parol Negeri Kedah
        Parol Daerah Pendang
        Parol Negeri Perlis
17.5Â PERSIAP Cawangan Penjara Pulau Pinang
        Parol Negeri P.Pinang
        Parol Daerah Barat Daya
17.6Â PERSIAP Cawangan Penjara Seberang Prai
         Parol Daerah Seberang Prai Utara
         Parol Daerah Seberang Prai Selatan
17.7Â PERSIAP Cawangan Penjara Taiping
         Parol Daerah Larut Matang dan Selama
         Parol Daerah Kuala Kangsar
17.8Â PERSIAP Cawangan Penjara Tapah
          Parol Negeri Perak
          Parol Daerah Manjung
17.9Â PERSIAP Cawangan Tempat Tahanan Perlindungan ( KEMTA )
         Parol Daerah Hulu Perak
17.10Â PERSIAP Cawangan Pusat Latihan Pegawai Penjara ( PLPP )
17.11Â PERSIAP Cawangan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah
           Parol Daerah Kinta
17.12Â PERSIAP Cawangan Penjara Kajang
           Parol Wilayah Persekutuan K.Lumpur
           Parol Daerah Gombak
           Parol Daerah Ampang
           Parol Daerah Wangsa Maju
           Parol Daerah Cheras
17.13Â PERSIAP Cawangan Penjara Sungai Buloh
            Parol Daerah Kelang
           Parol Daerah Kuala Selangor
           Parol Daerah Rawang
17.14Â PERSIAP Cawangan IPPM/MPM
           Parol Negeri Selangor
17.15Â PERSIAP Cawangan Penjara Wanita Kajang
           Parol Daerah Hulu Langat
17.16Â PERSIAP Cawangan Penjara Seremban
           Parol Negeri Sembilan
           Parol Daerah Seremban
17.17Â PERSIAP Cawangan Institusi Pemulihan Akhlak Jelebu
           Parol Daerah Tampin
           Parol Daerah Jempol
           Parol Daerah Bahau
17.18Â PERSIAP Cawangan Penjara Sungai Udang
17.19 PERSIAP Cawangan Penjara Pra Bebas Dusun Dato ‘ Murad
           Parol Negeri Melaka
17.20Â PERSIAP Cawangan Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia
17.21Â PERSIAP Cawangan Sek. Henry Gurney Telok Mas
           Parol Daerah Melaka Tengah
17.22Â PERSIAP Cawangan Penjara Kluang
          Parol Negeri Johor
        Parol Daerah Mersing
        Parol Daerah Kluang
17.23Â PERSIAP Cawangan Penjara Simpang Renggam
         Parol Daerah Batu Pahat
17.24Â PERSIAP Cawangan Penjara Johor Bharu
          Parol Daerah Kota tinggi
         Parol Daerah Johor Bharu
17.25Â PERSIAP Cawangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar
           Parol Daerah Segamat
17.26Â PERSIAP Cawangan Penjara Penor
          Parol Negeri Pahang
          Parol Daerah Kuantan
          Parol Daerah Pekan
         Parol Daerah Jerantut
17.27Â PERSIAP Cawangan Penjara Bentong
            Parol Daerah Temerloh
17.28Â PERSIAP Cawangan Penjara Marang
          Parol Negeri Terengganu
          Parol Daerah K. Terenggau
          Parol Daerah Kemaman
           Parol Daerah Hulu Terengganu
          Parol Daerah Besut
17.29Â PERSIAP Cawangan Penjara Pengkalan Chepa
          Parol Negeri Kelantan
           Parol Daerah Kota Bharu
          Parol Daerah Bachok
17.30Â PERSIAP Cawangan Pusat Pemulihan Akhlak Machang
             Parol Daerah Tanah Merah
            Parol Daerah Kuala Krai
17.31Â PERSIAP Cawangan Pusat Koreksional Perlis
           Parol Daerah Kangar
17.32Â PERSIAP Cawangan Pusat Koreksional Dungun
17.33Â Semua PERSIAP Cawangan di Negeri Sabah
17.34Â Semua PERSIAP Cawangan di Negeri Sarawak
18. LAIN-LAIN HAL
18.1Â Semua perkara yang tidak disebut dalam peraturan-peraturan pertandingan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah MUKTAMAD.
18.2 Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda atau menambah peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.
18.3 Sepanjang pertandingan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa dan dikehendaki menjaga disiplin agar dapat mencerminkan sebagai seorang penjawat awam. Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada Ketua Institusi sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.
18.4Â Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi:
URUSETIA JOM JELAJAH LANGKAWI :
1. IP ZUNITA BT HJ. ZAINON @ ZAINOL
     MAKTAB PENJARA MALAYSIAÂ
    No Tel : 013-3496687
2. IP RITARIMAYA BT. MUSTAPHAÂ
   BAHAGIAN PEMINDAHAN BANDUAN ASING (TOP)
   No Tel : 019-8682805
3. IP KARTINI BT JAAFARÂ
     AKADEMI KOREKSIONAL LANGKAWI                 Â
     No Tel : 012-4717151
Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 04 DECEMBER 2012 08:12)