Program Lawatan Pengerusi Puspanita Kementerian Dalam Negeri Dan Rombongan Ke Sekolah Integriti, Kajang Dan Penjara Wanita Kajang
Lawatan bermula dengan ucapan aluan dan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Penguasa Penjara Fayrouz bin Ahmad Zawawi. Manakala Puan Hajah Suriah binti Awang Chik sebagai Penyelia Sekolah Integriti, Kajang telah sudi untuk berkongsi maklumat dan pengalaman beliau selama bertugas di sekolah tersebut.
YBhg. Datin Hasmah bt Abu dan rombongan telah berpeluang melawat ke Sekolah Integriti Kajang untuk melihat program dan kemudahan yang terdapat di sana. Tidak dilupakan ahli rombongan untuk bergambar kenangan di hadapan Pintu Besar Penjara Kajang.
Lawatan seterusnya diteruskan ke Penjara Wanita Kajang dengan disambut oleh Penolong Kanan Komisioner Jamilah binti Abu Hasan, Pengarah Penjara Wanita Kajang dan Pegawai-Pegawai Kanan Penjara Wanita Kajang. Di samping melawat, ahli rombongan turut berpeluang menyediakan ‘cup cake’ masing-masing sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.
Sebelum berakhirnya majlis, YBhg. Datin Sri Hjh Noraini telah menyampaikan cenderamata kenangan kepada YBhg. Datin Hasmah. YBhg. Datin Hasmah mewakili PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri turut menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan bagi membantu anak-anak penghuni di penjara.
“Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Bagi Menjayakan Program Ini”