Mesyuarat Agung Cawangan

(a) Tiap-tiap ahli cawangan persatuan berhak menghadiri, bercakap dan  mengundi  dalam  sebarang  Mesyuarat  Agung Cawangannya.
(b) Mesyuarat  Agung  Tahunan  Cawangan  akan  diadakan  tidak lewat  dari  14  hari  selepas  menerim a  pemberitahu  yang  awal mengenai  Persidangan  Perwakilan  Tahunan,  supaya pemberitahu  mengenai  masa,  tarikh  dan  tempat  akan dikeluarkan  dan  salinan-salinan  agenda  dan  penyata  kira-kira akan  diberi  kepada  ahli-ahli  tidak  kurang  dari  7  hari  sebelum mesyuarat diadakan.
(c) Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah untuk :-
(i)  Menerima  laporan  Bendahari  Cawangan  dan  kira-kira
cawangan yang telah diaudit bagi tahun lepas.
(ii)  Melantik  wakil-wakilnya  kepada  persidangan  perwakilan
untuk tahun hadapan.
(iii)  Melantik  Jawatankuasa  Cawangan  dan  pemeriksa-
pemeriksa kira-
kira untuk dua tahun sekali.
(iv)  Membincangkan  perkara-perkara  lain  yang  telah
dibentangkan kepadanya.
(d) Suatu  Mesyuarat  Agung  Luar  biasa  Cawangan  hendaklah diadakan :-
(i)  Atas perintah Jawatankuasa Majlis Tertinggi; atau
(ii)  Apabila Jawatankuasa Cawangan fikirkan mustahak; atau
(iii)  Atas  permintaan  bertulis  daripada  tidak  kurang  dari  10 ahli-ahli  cawangan  dengan  menyatakan  tujuan  dan sebabdiadakan mesyuarat itu.
(e) Suatu  Mesyuarat  Agung  Luar  Biasa  Cawangan  yang  diadakan atas  permintaan ahli-ahli  akan  diadakan  tidak  lewat dari  15 hari selepas diterima permintaan tersebut.
(f) Sekurang-kurangnya  setengah  dari  jum lah  ahli-ahli  cawangan atau  dua  kali  jumlah  ahli  jawatankuasa  ikut  mana  yang  kurang mesti  hadir  di  dalam  sesuatu  Mesyuarat  Agung  untuk mengesahkan perjalanannya.

 

Kali Terakhir dikemaskini (WEDNESDAY, 10 MARCH 2010 08:41)