Tugas-Tugas Pegawai Cawangan

(a) Pengerusi  dalam   masa  jawatannya  akan  menjadi  Pengerusi semua  Mesyuarat  Agung  dan  semua  Mesyuarat  Jawatankuasa dan  tanggungjawab  atas  kesempurnaan  perjalanan  semua mesyuarat-mesyuarat.  Ia  mempunyai  undi  pemutus  dan  akan menandatangani  peringatan-peringatan  mesyuarat  bila  telah
diluluskan.  Ia hendaklah menandatangani semua cek  persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
(b) Naib  Pengerusi  akan  memangku  jawatan  Pengerusi  semasa ketiadaannya.
(c) Setiausaha  hendaklah  menjalankan  kerj a-kerja  persatuan mengikut  undang-undang  dan  hendaklah  ia  menjalankan perintah-perintah  Mesyuarat  Agung  dan  Jawatankuasa.  Ia bertanggungjawab  menguruskan  hal-hal  surat  menyurat  dan menyimpan  semua  buku-buku,  surat-surat  dan  kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam  semua  mesyuarat  dan  membuat  catatan-catatan.  Ia hendaklah  menandatangani  semua  cek  persatuan  bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari.
(d) Penolong  Setiausaha  hendaklah  membantu  Setiausaha menjalankan  kerja-kerjanya  dan mem angku  jawatan  itu semasa ketiadaannya.
(e) Bendahari  adalah  bertanggungjawab  berkenaan  semua  hal kewangan  pertubuhan.  Ia  hendaklah  mem buat  dan  menyimpan kira-kira  berkenaan  semua  perkara  kewangan  dan bertanggungjawab  di  atas  kebetulannya.  Ia  hendaklah menandatangani  semua  cek-cek  persatuan  bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
(f) Penolong  Bendahari  hendaklah  mem bantu  Bendahari menjalankan  tugas-tugas  dan  memangku  j awatan  tersebut semasa ketiadaannya.

 

Kali Terakhir dikemaskini (THURSDAY, 11 MARCH 2010 02:44)