Pengamanah

(a) Tiga orang  Pengamanah yang berumur lebih  daripada 21 tahun hendaklah  dilantik  di  dalam  Mesyuarat  Agung  TahunanPerwakilan  dan  mereka  akan  berkhidmat  selama  yang dikehendaki oleh persatuan. Kepada mereka akan diamanahkansemua  harta  tetap  kepunyaan  persatuan  dan  mereka  akan meguruskan  harta  itu  mengikut  cara  yang  diperintahkan  oleh Jawatankuasa Pusat.
(b) Pengam anah  tidak  boleh  menjual,  menarik  balik  atau menukarkan  harta  kepunyaan  persatuan  dengan  tidak  adapersetujuan  dan  kuasa  yang  diberikan  oleh  Mesyuarat  Agung Perwakilan.
(c) Seorang  Pengamanah  boleh  dilucutkan  daripada  j awatannya oleh  Jawatankuasa  Pusat  oleh  sebab  uzur  kerana  penyakit,tidak  siuman,  tidak  berada  di  dalam  negeri  atau  kerana  lain sebab  yang  menyebabkan ia  tidak boleh  menjalankan  tugasnyaatau  pekerjaannya  tidak  memuaskan.  Jika  berlaku  kematian,
letakkan  jawatan  atau  pembuangan  bagi  seseorang Pengamanah  sebelum  Mesyuarat  Agung  Tahunan  Perwakilanmaka  kekosongan  itu  bolehlah  dipenuhkan  oleh  Jawatankuasa Pusat  sehingga  Pengamanah  yang  baharu  dilantik  di  dalam Mesyuarat Agung  Perwakilan.
(d) Pengam anah  yang  dilucutkan  daripada  jawatannya  mengikut undang-undang  ini  berhak  merayu  kepada  Mesyuarat  Agung Perwakilan yang berkuasa memberi keputusan yang muktamad.

 

Kali Terakhir dikemaskini (WEDNESDAY, 10 MARCH 2010 05:30)