Majlis Khatam Al-Quran Dan Solat Sunat Tasbih Persiap Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan Bersama Y.Bhg. Datin Wira Noraini Bt Hj. Man Pengerusi Persiap Malaysia Sempena Menyambut Ulangtahun Penubuhan Persiap Malaysia Ke 21

Pada 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431H bertempat di Surau Bilai Ar-Rabbah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan, PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa telah mengadakan Majlis Khatam A-Quran dan Solat Sunat Tasbih sempena meraikan ulangtahun penubuhan PERSIAP Malaysia ke 21 tahun.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Y.Bhg. Datin Wira Hajjah Noraini bt Hj. Man selaku Pengerusi PERSIAP Malaysia. Y.Bhg. Datin Wira tiba pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh Puan Sharina bt Shafiin, Pengerusi PERSIAP Pengkalan Chepa bersama AJK. Majlis tersebut dihadiri oleh seramai 70 orang ahli.

Majlis dimulakan dengan Solat Sunat Tasbih pada jam 9.10 pagi yang diimamkan oleh Al-fahdil Ustaz Ilham bin Che Daud. Selesai solat sunat tasbih, majlis diteruskan dengan khatam Al-Quran yang melibatkan 11 orang ahli PERSIAP yang telah mengadakan tadarus Al-Quran semenjak awal Ramadhan lagi.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus dan semua ahli yang hadir.

Kali Terakhir dikemaskini (THURSDAY, 02 SEPTEMBER 2010 01:27)