Kunjungan Y.Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar dan Datin Wira Hjh Noraini bt Hj Man Ke Rumah Bekas Kakitangan Penjara Yang Sakit dan Kurang Upaya Kekal (OKU)

Bersesuaian dengan slogan “Memperkasakan Modal Insan, Kebajikan Diutamakan, Organisasi Dimartabatkan,” pada 20 Februari 2010 antara jam 10.30 pagi Y.Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Man bersama dengan Pengerusi dan Setiausaha PERSIAP Penjara Alor Setar, telah meluangkan masa melakukan aktiviti ziarah ke rumah balu Allahyarham En. Ibrahim bin Abdullah di Taman Titiwangsa,Tandop Alor Setar Kedah.

 

Pada jam 5.20 petang, Y.Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar bersama Y.Bhg.Datin Wira serta PKP Kamarudzaman bin Hj Mamat (Pengarah Penjara Alor Setar) dan isteri telah menziarahi ke rumah En.Shariff bin Mohd Said di Taman Sayang, Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan seorang pesara kakitangan Penjara Alor Setar yang mengidap penyakit kencing manis kronik. Beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk melakukan pergerakan kerana kehilangan kaki kanan akibat penyakit tersebut .

 

Seterusnya lebih kurang jam 6.15 ptg, Y.Bhg Datuk Wira dan ahli rombongan telah membuat lawatan ke rumah En. Zainol bin Md Akhir,di Taman Sri Bagan, Tandop Alor Setar, Kedah. Beliau mengalami hilang upaya kekal dari pinggang ke bawah akibat kemalangan jalanraya pada tahun 2004.

 

Y.Bhg Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar dan Datin Wira Hjh Noraini bt Hj Man telah menyampaikan sumbangan peribadi dan PERSIAP Penjara Alor Setar, Kedah turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada kesemua yang terlibat. Semoga dengan keprihatinan Yg.Bhg Datuk Wira yang mengambil berat tentang aspek kebajikan kakitangan akan mendapat keberkatan dan menjadi model untuk dicontohi.