KERANA WANITA ITU TERLALU BERHARGA

Nukilan Rasa : Nur Aydawati bt Hamzah

Jika isteri menangis dihadapanmu,
Hargailah ia sebelum terlewat..

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang lalu, selamanya..

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi kerana dia akan menjadi lemah..

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egonya..

Wahai suami-suami,
Jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
Peganglah tangannya dengan penuh pengertian,
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
Disaat kau terpuruk begitu dalam..

Wahai suami-suami,
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
Tolong jangan mensia-siakannya,
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya..

Saat dia menangis dihadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah jauh kedalam matanya,
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Disebalik kelembutannya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
Tutur katanya merupakan kebenaran..
Senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya..
Pelukan dan ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anaknya..
Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa..
Dia terharu dan dia menangis bila melihat kesengsaraan pada orang yang dikasihinya..
Dia mampu tersenyum disebalik kesedihannya..
Dia sangat gembira melihat kelahiran..
Dia begitu sedih melihat kematian..
Titisan airmatanya bisa membawa kedamaian..
Tapi dia sering dilupakan oleh suami..
Bahawa betapa berharganya dia..

Sebarkan ini kepada isteri-isteri yang solehah dan suami-suami agar mereka tidak lupa
bahawa isteri mereka begitu berharga..


 

Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 04 OCTOBER 2011 01:55)