Majlis Lawatan Y.Bhg. Datin Sri Nabihah Bt Hj. Hassan Pengerusi PUSPANITA KDN Bersama Ahli PUSPANITA KDN Ke Penjara Pengkalan Chepa

Pada 2 April 2011 jam 7.40 pagiĀ  ketibaan Y.Bhg. Datin Sri Nabihah bt Hj. Hassan Pengerusi Puspanita Kementeriaan Dalam Negeri (KDN) bersama ahli Puspanita Kementeriaan Dalam NegeriĀ  (KDN ) telah di sambut oleh Yang Setia Tuan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, PKP Muhammad Zuki bin Muhammad Zain dan isteri Puan Sharina bt Mohd Shafiee selaku Pengerusi PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa bersama pegawai kanan dan ahli PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa.

Aturcara lawatan bermula jam 7.50 pagi dengan program senamrobik rombongan PUSPANITA bersama ahli PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa. Turut hadir memeriahkan program antaranya ialah pegawai-pegawai kanan Penjara Pengkalan Chepa, ahli PERSIAP Machang dan 15 orang anggota wanita Jabatan Imigresen Kota Bharu. Selesai acara senamrobik semua ahli rombongan puspanita dan peserta senamrobik menikmati sarapan pagi di perkarangan Dewan Tan Sri Murad, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Pada jam 9.30 pagi, aturcara program diteruskan dengan membawa Y.Bhg. Datin Sri Nabihah berserta ahli rombongan masuk melawat Bengkel Pastri di Penjara Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Lawatan Y.Bhg. Datin Sri Nabihah bersama ahli rombongan PUSPANITA turut diiringi oleh Y.Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini bt Hj. Man. YDP Persiap Malaysia, PuanSharina bt Mohd Shafiee Pengerusi Persiap Penjara Pengkalan Chepa dan semua AJK Persiap Penjara Pengkalan Chepa. Selesai sahaja lawatan ke Bengkel Pastri ahli rombongan terus dibawa melawat Geleri Produk Penjara PengkalanChepa.

Program lawatan diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan oleh Datin Sri Nabihah bt Hj. Hassan di Galeri Produk Penjara.




Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 15 APRIL 2011 08:49)