Hari Keluarga IPD Jelebu

Pada 29 Jan 2011 jam 8.30 pagi bertempat di kawasan rekreasi kolam ikan telah berlangsungnya program Hari Keluarga  yang dianjurkan oleh pihak pengurusan IPD Jelebu dan dirasmikan oleh Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PKP Anathurai a/l Kalimuthu. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berharap program ini akan dapat menyatu serta mengeratkan perhubungan silaturrahim di kalangan kakitangan, ahli-ahli PERSIAP dan anak-anak warga IPD Jelebu.

Selesai upacara perasmian, Pengarah dan Pengerusi PERSIAP telah bersama-sama bersenamrobik dengan dipimpin oleh Ketua Biro Kebajikan, Kebudayaan dan Sukan Puan Maimun bt.Abdul Lajis. Senamrobik turut disertai oleh kakitangan, ahli-ahli PERSIAP dan anak-anak warga IPD Jelebu seramai lebih kurang 200 orang.

Majlis diteruskan dengan acara sukanika. Antara acara yang dipertandingkan ialah suami isteri pelukan kasih dan pancing ikan. Penyertaan daripada kakitangan, ahli-ahli PERSIAP dan anak-anak warga penjara amatlah meriah dan setiap acara yang dipertandingkan menampakkan keceriaan di wajah masing-masing. Selesai acara sukanika,majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan majlis makan tengahari secara santai dengan pandangan kawasan riadah yang menarik dan mendamaikan. Program yang diadakan ini telah mencapai objektif yang telah dirancangkan iaitu merapatkan hubungan silaturrahim, menyemai dan menerapkan nilai beriadah dan bersenam serta meninggalkan kenangan manis kepada warga IPD Jelebu dan ahli-ahli Persiap amnya.

Kali Terakhir dikemaskini (THURSDAY, 07 JULY 2011 01:30)