Pertandingan Bowling Persiap Pulapen

Pada 27 Jun 2011 jam 8.30 malam, PERSIAP PULAPEN telah mengadakan pertandingan Tenpin Boling bertempat di Taiping Winners Bowl mendapat penyertaan yang menggalakkan dan telah disertai oleh ahli-ahli PERSIAP PULAPEN serta anak-anak ahli. Turut hadir adalah Pengerusi PERSIAP serta Naib Pengerusi PERSIAP serta sebanyak 30 penyertaan diterima di kalangan ahli serta anak-anak ahli pada malam tersebut.

Acara pada malam itu dimulakan dengan balingan oleh Pengerusi PERSIAP sebelum acara sepenuhnya dimulakan. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk merapatkan hubungan silatulrahim di antara ahli-ahli yang jarang dapat berkumpul bersama. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu ahli PERSIAP dan anak-anak ahli.

Pemenang kategori ahli :

Pertama : Norulhayani Binti Md Saad
Kedua    : Hasnita Binti Ahmad
Ketiga    : Norhashimah Binti Hashim

Pemenang Kategori anak-anak ahli :

Pertama : Nur Khairunnisa Binti Ismail Nasarudin
Kedua    : Mohd Anas Husaini Bin Abdul Manaf
Ketiga    : Nor Hidayah Binti Shariff

Kali Terakhir dikemaskini (THURSDAY, 21 JULY 2011 06:46)