Lawatan Amal Ke Rumah Anak-Anak Yatim Di Taman Sabariah Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan (Yaatim)

Pada 6 Ogos 2011, jam 9.00 pagi sempena bulan Ramadan Al Mulbarak yang penuh keberkatan, Puan Wan Norliza bt Pa’Wan Chik Pengerusi PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa bersama 16 orang ahli telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Anak-Anak Yatim di Taman Sabariah Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan (YAATIM).

Ketibaan Pengerusi dan rombongan di rumah anak-anak Yatim telah disambut mesra oleh Pengetua, kakitangan dan anak-anak yatim rumah tersebut. Rombongan telah dibawa melawat sekitar bangunan rumah anak-anak yatim termasuk tempat penginapan mereka.

Melalui taklimat ringkas yang disampaikan oleh Tuan Hj. Abdullah bin Awang pengetua rumah tersebut memaklumkan anak-anak yatim yang dijaga di rumah tersebut ialah seramai 220 orang. Pada majlis tersebut Pengerusi PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa memberi ucapan nasihat kepada anak yatim dan seterusnya menyampaikan sumbangan wang zakat KOSPEK Bhd sebanyak RM2,000 dan buah kurma dari PERSIAP Penjara Pengkalan Chepa kepada pihak pengurusan anak-anak yatim.

Di akhir majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian duit raya kepada semua anak-anak yatim yang disampaikan oleh Puan Wan Norliza bt Pa’Wan Chik bersama Pn. Roslaini bt Ali Naib Pengerusi I dan Pn. Wan Rusidah bt Wan Abdullah Naib Pengerusi III . Lawatan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 23 AUGUST 2011 03:44)