Ceramah ‘Penghayatan Ramadan’

Pada tanggal 12 Ogos 2011 bersamaan dengan 12 Ramadan 1432H, Biro Amal dan Kebajikan, PERSIAP Ibu Pejabat Penjara Malaysia/Maktab Penjara Malaysia telah menganjurkan Ceramah ‘Penghayatan Ramadan’. 

Ceramah tersebut telah dihadiri oleh Puan Shakirah Binti Jusoh, Pengerusi PERSIAP IPPM/MPM, PKP Ku Nawawi bin Ku Hamid, Komandan Maktab Penjara Malaysia,  Puan Jaliah Binti Md. Dahan, Naib Pengerusi PERSIAP IPPM/MPM dan Datin Norriza Bt Mohamed serta 54 orang peserta.  Penceramahnya ialah Ustaz Wan Jaafar Bin Wan Ahmad dari Bahagian Pengurusan Qariah, Jabatan Agama Islam Wilayah.

Ceramah yang mengambil masa satu setengah (1 ½) jam ini membincangkan  sejarah, kelebihan bulan Ramadan dan peranan kaum hawa dalam menjalani ibadah puasa.

Dengan penganjuran majlis ceramah tersebut diharap agar para peserta akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang keagamaan dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang dalam Jabatan mahupun kehidupan harian.

Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 23 AUGUST 2011 03:41)