Mesyuarat Agung Persiap Tawau Kali Ke 10

Pada 24 Mac 2012 bertempat di Dewan Wawasan, Penjara Tawau telah diadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Tawau Kali ke-10 yang dirasmikan oleh PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Tawau selaku Penaung PERSIAP Penjara Tawau.

Mesyuarat Agung PERSIAP Tawau telah dimulakan dan dipengerusikan oleh Puan Noorasliza binti Abdul Aziz selaku Pengerusi PERSIAP Penjara Tawau.  Di majlis ini juga turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada AJK 2010/2011 serta ahli yang telah terlibat dalam Karnival Sukan PERSIAP serta ahli yang memberikan komitmen dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PERSIAP. Lantikan AJK baru turut diadakan setelah pembubaran AJK yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung yang lepas diumumkan oleh Pengerusi.

Sebelum bersurai, telah diadakan cabutan bertuah dan hadiah misteri kepada ahli-ahli yang hadir, Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli diatas kehadiran, sumbangan dan tenaga kerja dalam menjayakan Mesyuarat Agung PERSIAP Tawau.

Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 10 APRIL 2012 10:32)