Mesyuarat Jawatankuasa PERSIAP Cawangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia Dan Maktab Penjara Malaysia

Pada 06 April 2012 (Jumaat) jam 3.00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan, IPPM telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa PERSIAP Cawangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Maktab Penjara Malaysia yang dihadiri oleh YBhg Datin Hjh. Shakimah binti Abdullah sebagai Naib Pengerusi PERSIAP,  Puan Shakirah binti Jusoh selaku Pengerusi PERSIAP Cawangan IPPM/MPM serta Ahli-ahli Jawatankuasa baru yang dilantik. Mesyuarat ini disempurnakan perasmiannya oleh Y.S. KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah selaku penasihat PERSIAP Cawangan IPPM/MPM.

Mesyuarat yang pertama kalinya diadakan bagi tahun 2012 selepas perlantikan Ahli Jawatankuasa baru ini dimulakan dengan agenda sesi suaikenal bersama ahli-ahli yang terdiri daripada kakitangan beruniform, awam serta isteri kepada pegawai-pegawai penjara.  Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang ceria, harmoni dan juga semangat kerja secara berkumpulan telah ditonjolkan dengan jelas dikalangan ahli-ahli ketika memberi cadangan-cadangan untuk perancangan aktiviti tahunan walaupun pertama kali mesyuarat diadakan.

Sebelum mesyuarat ditangguhkan oleh Puan Pengerusi, satu sesi penyerahan tugas berlaku di antara Sarjan Zaiton bin Haji Tik kepada IP Shahrul Bariyah binti Sabdin selaku Setiausaha dan KIP Rusmawati binti Awang @ Ramli kepada Puan Nur Rahayu binti Abd. Razak selaku Bendahari.  Ucapan penutup Puan Pengerusi menyeru agar wujudnya semangat kerja secara berpasukan yang erat di kalangan ahli serta komitmen yang tinggi diperlukan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang memandangkan semua ahli mempunyai tugas hakiki masing-masing dan ini merupakan kekangan yang harus ditempuhi bagi memantapkan pentadbiran dan pengurusan PERSIAP cawangan ini agar seiring perjalanannya bersama PERSIAP Induk Jabatan supaya dikenali di seluruh Malaysia.

 

Kali Terakhir dikemaskini (THURSDAY, 26 APRIL 2012 09:42)