Program Motivasi Diri Dan Kecemerlangan Pelajar

Pada 28 April 2012, Persiap Penjara Pokok Sena, Kedah telah menganjurkan “Program Motivasi Diri dan Kecemerlangan Pelajar” . Program dijalankan dengan kerjasama Unit Program Pembangunan Insan(PPI)  Penjara Pokok Sena, Kedah khusus bagi pelajar tingkatan 1 hingga 5. Seramai 30 pelajar telah terlibat di dalam menjayakan program ini. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam persedian menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di samping itu, dengan adanya program sebegini akan dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam menentukan matlamat yang ingin dicapai berdasarkan tahap kemampuan diri.

 

Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 01 JUNE 2012 09:45)