Sambutan Ihya Ramadhan Tahun 2012

Pada 10 Ogos 2012, satu majlis sambutan Ihya Ramadhan telah berlangsung di Auditorium Akademi Koreksional Malaysia. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Rohana binti Abdullah selaku naib pengerusi PERSIAP Akademi Koreksional Malaysia. Antara pengisian program pada hari tersebut ialah ceramah agama yang disampaikan oleh Tuan Halim bin Ahmad dari Fitrah Perkasa Kuala Lumpur.

Dalam ceramah beliau, diterangkan tentang bagaimana meningkatkan keimanan seseorang melalui ibadah puasa dan menjadikan ramadhan pada tahun ini lebih baik dan sempurna. Majlis ini telah dihadiri oleh ahli –ahli PERSIAP dan juga kaum ibu beserta anak-anak. Puan Rohan mengharapkan agarprogram seumpama ini di teruskan pada masa hadapan. Ia bukan sahaja memberikan ilmu pengetahuan malah meningkatkan kesedaran dikalangan ahli-ahli mengenai kelebihan dan kemulian bulan ramadhan dimana setiap amalan yang dilakukan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah S.W.T. Insyallah.

Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 11 SEPTEMBER 2012 09:35)