Pertandingan Masakan Puding Dan Gubahan Jalur Gemilang

PERSIAP Penjara Jelebu telah mengadakan satu Pertandingan Masakan Puding dan Gubahan Jalur Gemilang sempena menyambut Hari Kemerdekaan di Penjara Jelebu. Pertandingan tersebut diadakan pada 11 September 2012 dan bertempat di Rumah Kelab Penjara Jelebu. Pada jam 3.10 petang, ahli Persiap yang mengambil bahagian mula mendaftar untuk Pertandingan Masakan Puding yang mana telah pun disiapkan di rumah dan hanya perlu dibawa pada hari pertandingan untuk diadili rasa dan persembahannya.

Manakala pada jam 4.00 petang pula bermula pendaftaran untuk Pertandingan Gubahan Jalur Gemilang. Para peserta hanya dibekalkan dengan sehelai bendera sahaja dan lain-lain perhiasan mengikut kreativiti sendiri. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada malam sambutan Merdeka Raya Penjara Jelebu. Pertandingan masakan dan gubahan ini telah mencapai objektif yang telah dirancangkan dan meninggalkan kenangan manis kepada semua ahli Persiap yang terlibat.

                                                           Gambar-gambar sekitar Pertandingan Masakan Puding  


                                                     Gambar-gambar sekitar Pertandingan Gubahan Jalur Gemilang


Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 25 SEPTEMBER 2012 03:36)