Program Jom Jelajah Langkawi 2012

Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) telah menganjurkan Program Jom Jelajah Langkawi 2012 pada 15 hingga 17 Disember 2012. Program ini adalah synergy baru kepada program-program yang dijalankan sebelum ini. Pendekatan yang pelbagai dalam pelaksanaan program ini bertujuan memberi impak yang lebih kepada ahli-ahli PERSIAP. Konsep ini adalah bagi penambahan nilai atau value added bagi setiap program yang dianjurkan oleh PERSIAP. Program ini lebih memfokuskan kepada outcomes dan merupakan aktiviti yang buat julung kali diadakan oleh PERSIAP.

Tujuan utama penganjuran program ini ialah untuk memenuhi citarasa setiap peserta dengan pengisian aktiviti menjelajah Pulau Langkawi secara berkumpulan dan menguji minda dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan keselamatan, pemanduan berhemah dan juga pelbagai aktiviti PERSIAP. Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silalturrahim di antara ahli kumpulan dari berlainan cawangan.

Program dimulakan pada 15 Disember 2012 dengan pendaftaran peserta pada sebelah petang. Pada sebelah malam, taklimat program kepada para peserta, pembahagian kumpulan dan perlantikan ketua kumpulan oleh Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia, PKP Rohana Bt Abdullah. Peserta dibahagikan kepada 16 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada empat orang yang berlainan cawangan. Hadir bersama pada malam tersebut YBhg. Datin Hajah Shakimah binti Abdullah, Naib Yang Dipertua PERSIAP.
 
Pada 16 Disember 2012, Program Jom Jelajah Langkawi 2012 dimulakan pada jam 9.15 dengan perlepasan peserta di Dataran Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia oleh YBhg. Datin Hajah Shakimah binti Abdullah, Naib Yang Dipertua PERSIAP. Terdapat enam checkpoint yang terlibat iaitu Galeria Perdana, Telaga Ayer Hangat, Faizal Crystal, Kompleks Kraf, Taman Lagenda dan Dataran Lang.

Pada sebelah petang, program diteruskan lagi dengan Majlis Hi-tea dan Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Program Jom Jelajah Langkawi 2012 yang disempurnakan oleh YBhg. Datin Wira Rahimi binti Yeop, isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri dan diiringi oleh YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia di Kafeteria, Akademi Koreksional Malaysia. Majlis diserikan lagi dengan pesembahan nyanyian oleh penyanyi dari Bukit Wang Resource.
 
Senarai nama pemenang Jom Jelajah Langkawi 2012 adalah seperti berikut :
Johan
Kumpulan 14
1. Puan Shakhirah binti Mustaffa
2. Puan Haslina binti Ismail
3. Puan Siti Mariam binti Roslan
4. Puan Norsyidah binti Samat

Naib Johan
Kumpulan 2
1. Puan Halimah binti Hasan
2. Puan Norhayati binti Talib
3. Puan Siti Rahayu binti Zulkifl
4. Puan Suzana binti Khamis

Tempat Ketiga
Kumpulan 7
1. Puan Rosnah Basar
2. Puan Hamidah
3. Puan Hariati binti Shaik Madar
4. Puan Noor Afidah

Pemenang Hadiah Bonus (Mencanting Terbaik)
Kumpulan 9
1. Puan Salwa Bidin
2. Puan Hjh Hamidah
3. Puan Noorhasniza Hashim
4. Puan Noor Balqis Yaacop

Pemenang Hadiah Bonus (Terawal Sampai Di Checkpoint Dengan Menjawab Jawapan Yang Tepat)
Kumpulan 11
1. Puan Fifiyanti Abd Manan
2. Puan Mazlina binti Seman
3. Puan Nor Hazlin Mohamed Yunos
4. Puan Nora Musa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta yang berjaya. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada YBhg. Datin Wira Rahimi binti Yeop dan majlis berakhir pada jam 5.40 petang.

Pada sebelah malam, majlis diserikan lagi dengan Jamuan Makan Malam MKKI Bil. 2/2012 bersama YB. Dato Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri serta isteri YBhg. Datin Wira Rahimi binti Yeop. Hadir bersama YBhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia serta isteri YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Pengarah-pengarah Bahagian IPPM, Ketua-Ketua Institusi serta PERSIAP. Majlis juga diserikan dengan Tarian Poco-Poco oleh PERSIAP yang diketuai oleh YBhg. Datin Wira Rahimi binti Yeop.

Pada 17 Disember jam 2.00 petang, aturcara majlis diteruskan dengan lawatan ke Rumah Anak Yatim, Nur Kasih, Ulu Melaka, Langkawi. Majlis diserikan dengan persembahan oleh anak-anak yatim, pemberian sumbangan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, jamuan ringan dan sesi bergambar. Lawatan ini bertujuan mewujudkan budaya dan nilai yang baik melalui aktiviti kemasyarakatan, memantapkan sikap positif dan motivasi diri di kalangan anak yatim, meningkatkan rasa syukur di kalangan PERSIAP serta mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.

Program Jom Jelajah Langkawi 2012 telah berjaya mencapai objektifnya bukan sahaja untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat di antara ahli bahkan memberi pengalaman yang baru dan pengetahuan kepada PERSIAP. Adalah diharapkan agar program ini dapat dijadikan sebagai salah satu aktiviti PERSIAP untuk masa akan datang samada di peringkat cawangan mahupun induk.

Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 28 DECEMBER 2012 00:52)