Majlis Sambutan Hari Asyura Peringkat Penjara Pokok Sena, Kedah Bersama Masyarakat Setempat Sempena Maal Hijrah 1434h

28 November 2012 - Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1434H, Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Program Membuat Bubur Asyura bersama masyarakat setempat yang diadakan di perkarangan Surau Al-Abidin Kompleks Penjara Pokok Sena.

Program yang bermula seawal 8.30 pagi itu disertai oleh kakitangan Penjara Pokok Sena, PERSIAP dan penduduk kampung sekitar Kompleks Penjara. Pada sebelah malam pula diadakan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Abdul Rahman bin Saad.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan kerjasama dan persaudaraan di antara kakitangan dan penduduk setempat disamping mengimarahkan Sambutan Maal Hijrah 1434H.

Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 01 JANUARY 2013 07:20)