Lawatan Amal Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu Persiap Malaysia Ke Pusat Jagaan Orang Tua Norhasanah, Sasapan Kelubi, Semenyih Pada 20 Jun 2013

 

Pada 20 Jun 2013 jam 11.00 pagi, Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu PERSIAP Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Orang Tua Norhasanah, Sasapan Kelubi, Semenyih. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Sri Hjh. Noraini Binti Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia diiringi oleh YBhg. Datin Hjh. Shakimah binti Abdullah, Naib Yang Dipertua PERSIAP Malaysia. Hadir bersama YBhg. Datin Norriza Binti Mohamed, Ketua Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu dan Ahli-ahli Bersekutu Cawangan IPPM/MPM. Dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan dan memupuk tali persaudaraan yang lebih mesra dikalangan Ahli Bersekutu PERSIAP, menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir. Di samping itu, menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik dan mengembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.

Program tersebut dimulakan dengan taklimat oleh pusat jagaan, ucapan YBhg. Datin Sri Hjh. Noraini Binti Hj. Man dan penyampaian sumbangan. Seterusnya, program diteruskan dengan Bacaan Surah Yassin dan lawatan ke pusat jagaan. Program berakhir dengan jamuan makan tengahari.

Program ini telah berjaya mencapai objektifnya bukan sahaja mewujudkan hubungan yang lebih erat di antara ahli bahkan memberi pengalaman yang baru dan pengetahuan kepada PERSIAP. Adalah diharapkan agar program ini dapat dijadikan sebagai salah satu aktiviti PERSIAP untuk masa akan datang samada di peringkat cawangan mahupun induk.