Ladies Nite Negeri Sabah Bersama YBhg. Datin Sri Feona Sim Abdullah, Isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri

15 November 2014, bertempat di The Palace Hotel bertemakan floral, majlis Ladies Nite anjuran PERSIAP cawangan Ibu Pejabat Penjara Sabah telah berlangsung dalam suasana yang amat meriah sekali.  Majlis dianjurkan bagi  meraikan kehadiran YBhg Datin Sri Fiona Sim, isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Datin Sri Hasmah binti Abu, isteri KSU Kementerian Dalam Negeri ke Negeri Sabah dan diserikan dengan kehadiran bersama Yang DiPertua PERSIAP Malaysia, YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Man  bersama Naib Yang DiPertua, YBhg. Datin Hajah Shakimah binti Abdullah.