Lawatan PUSPANITA Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Pada 11 April 2015 (Sabtu), PUSPANITA Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diketuai oleh Pengerusi YBhg. Datin Dr. Asmah bt Samat bersama 35 ahli rombongan telah mengadakan lawatan muhibah ke Kompleks Penjara Puncak Borneo, Kuching, Sarawak. Pihak rombongan telah disambut Puan Erma Nuurainn binti Abdullah selaku Pengerusi PERSIAP Ibu Pejabat Penjara Sarawak dan majlis suai kenal bersama ahli PERSIAP cawangan.

 

Pihak rombongan juga telah dibawa melawat ke Penjara Puncak Borneo dan disambut oleh PP Nazri bin Mohamad, Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo. Rombongan telah diberi taklimat oleh PPP Nor Hayati bt Darus berkaitan penahanan banduan dan bengkel produk sejuk beku di Penjara Wanita Penjara Puncak Borneo.