Mesyuarat Agung PERSIAP PPA Muar Kali ke-22

Muar, 20 April 2015 bertempat di Dewan Gemilang, Kuarters Kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, PERSIAP PPA Muar telah mengadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Kali ke-22 yang telah dirasmikan oleh PKP Mohd Shukri bin Harun, Pengarah PPA Muar selaku Penaung PERSIAP PPA Muar. Mesyuarat Agung PERSIAP PPA Muar telah dimulakan dan dipengerusikan oleh Puan Norhayati binti Talib selaku Pengerusi PERSIAP Pusat Pemulihan Akhlak Muar.  Aturcara bermula dengan sesi pendaftaran pada jam 3.00 petang Aturcara diselitkan dengan majlis penyampaian sumbangan kilat kepada salah seorang ahli PERSIAP yang telah mengalami bencana kecil (kebakaran) baru-baru ini. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli di atas kehadiran, sumbangan dan tenaga kerja dalam menjayakan Mesyuarat Agung PERSIAP Pusat Pemulihan Akhlak Muar Kali ke-22.