Mesyuarat Agung PERSIAP Kali Ke-13 Penjara Sungai Petani, Kedah

Pada 11 April 2015 yang lalu, bertempat di Dewan Seminar Penjara Sungai Petani, PERSIAP Sungai Petani telah mengadakan Mesyuarat Agung PERSIAP Kali ke-13 yang telah dirasmikan oleh PKP Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Sungai Petani selaku Penaung PERSIAP Penjara Sungai Petani. Mesyuarat Agung PERSIAP Sungai Petani telah dimulakan dan dipengerusikan oleh Puan Wan Norliza binti Pa’wan Chik selaku Pengerusi PERSIAP Penjara Sungai Petani.  Pemeriksaan kesihatan dari Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani turut diadakan pada hari tersebut.