Program Sejuta Memori Ahli Bersekutu PERSIAP Malaysia 2015 Anjuran PERSIAP Cawangan Pengkalan Chepa, Kelantan.

Pada 28 Hingga 30 Mei 2015, Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu telah mengadakan satu Program  Sejuta Memori Ahli Bersekutu Persiap Malaysia di Pengkalan Chepa, Kelantan. Program ini ialah anjuran bersama Biro Kebajikan, Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu dan Biro Agama Persiap Malaysia. Seramai lebih 157 orang peserta terlibat dalam program tersebut. Program ini dihadiri oleh YBhg. Datin Sri Hajjah Noraini binti Hj. Man Yg. Dipertua PERSIAP Malaysia, YBhg. Datin Hjh. Shakimah binti Abdullah, Naib Yang Dipertua PERSIAP merangkap Biro Kebajikan dan Pembangunan Keluarga, YBhg. Puan Siti Mariam Binti Abdullah, Mantan Naib Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, YBhg. Datin Norriza Binti Mohamed, Ketua Biro Hal Ehwal Ahli Bersekutu PERSIAP, Puan Nor Maliza binti Mohd Sapari Ketua Biro Agama,  Pengerusi-pengerusi PERSIAP cawangan, Ahli Bersekutu PERSIAP cawangan, dan ahli-ahli PERSIAP cawangan.                                                                                                                         

Program dimulakan pada 29 Mei 2015 dengan aktiviti ziarah pesara Abd Rashid bin Sulaiman (menghidap strok) dan pesara Nik Mohd bin Nik Jaafar (menghidap strok). Pada sebelah malam ialah Majlis Makan Malam Sejuta Memori di New Pasific Hotel, Kota Bharu. Pelbagai acara diadakan pada malam tersebut seperti beramah mesra, cabutan bertuah, pertandingan persembahan nyanyian, pakaian mengikut tema dan penyertaan ahli paling ramai mengikut cawangan.

 

Pada 30 Mei 2015, program diteruskan dengan Majlis Ikatan Kasih Ahli Bersekutu Persiap bersama orang-orang tua bertempat di Rumah Sri Kenanga Taman Kemumin, Pengkalan Chepa. Seramai 123 orang penghuni yang ditempatkan di rumah orang tuan ini. Antara aktiviti yang dilakukan ialah Minum pagi  dan  sesi ramah mesra, persembahan gimik sempena sambutan Hari Ibu,  penyampaian cenderamata dan wang tunai kepada Rumah Sri Kenanga dan lawatan ke blok penempatan. Program ini telah mencapai objektif dan diharap ia memberikan manfaat kepada semua yang hadir.