Kursus Pengurusan Jenazah Bil.1/2015

Pada 23 Mei 2015 (Sabtu) bersamaan 5 Sya’ban 1436, PERSIAP Malaysia di bawah anjuran Biro Agama telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Zon Tengah bertempat di Masjid Kompleks Penjara Kajang yang telah disampaikan oleh Ustad Husin Ahmad dari Maktab Penjara Malaysia. Seramai 25 orang kakitangan telah turut serta dalam program tersebut yang terdiri dari Persiap Cawangan Penjara Wanita Kajang, IPD Jelebu, Penjara Bentong, Penjara Seremban, Penjara Sungai Buloh dan IPPM. Kakitangan telah didedahkan dengan tatacara pengurusan jenazah iaitu cara mandikan jenazah, cara mengkafankan jenazah dan cara sembahyangkan jenazah. Kursus ini akan diteruskan di zon lain mengikut ketetapan perancangan yang dibuat kelak.