Program Lawatan Sambil Belajar PERSIAP Pusat Koreksional Kamunting Ke Pusat Koreksional Perlis

Pada 8 dan 9 Jun 2015, seramai  45 orang ahli PERSIAP Pusat Koreksional Kamunting bersama Pengarah PKP Mohd Roslen bin Ramli dan  Pengerusi  Puan Siti Maimunah binti Zainal Abidin telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Pusat Koreksional Perlis dan melawat tempat-tempat  peranginan di Perlis seperti Ladang Anggur Tasek Beris, Ladang Harum Manis, Taman Ular dan Reptilia, Taman Herba, Jeti Kuala Perlis dan Padang Besar. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli PERSIAP Pusat Koreksional Kamunting dan Pusat Koreksional Perlis.