Lawatan Biro Kebajikan PERSIAP Sungai Petani, Kedah.

Pada 24 Jun 2015 yang lalu, PERSIAP Penjara Sungai Petani, Kedah yang diketuai oleh Pengerusi PERSIAP Penjara Sungai Petani, Kedah iaitu Puan Wan Norliza binti Pa’wan Chik berserta Biro Kebajikan dan AJK PERSIAP Sungai Petani, Kedah telah membuat lawatan ke rumah pesakit-pesakit kronik ahli-ahli PERSIAP sempena bulan Ramadhan.