Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi

Program lawatan sambil belajar ini adalah untuk memenuhi permintaan anggota wanita dan ahli-ahli PERSIAP Penjara Kajang dengan mengikut cadangan dan takwim aktiviti semasa Mesyuarat Agong PERSIAP Penjara Kajang, Selangor pada 04 April 2015 yang lalu. Destinasi yang yang dipilih ialah Pulau Langkawi, Kedah. Pada awalnya, senarai ahli rombongan mencecah 30 orang tetapi ramai yang terpaksa menarik diri kerana tarikh lawatan tersebut terlalu hamper dengan peperiksaan UPSR dan kemasukkan pelajar ke IPTA. Akhirnya hanya 13 orang sahaja ahli rombongan yang dapat mengikuti rombongan tersebut.

 Namun demikian, pendekatan yang boleh diperolehi daripada aktiviti ini adalah ‘ketenangan’ dan melihat dunia luar sebagai penghargaan kepada kaum wanita yang banyak berkorban dalam pelbagai hal sama ada anggota wanita mahupun surirumah. Dengan lawatan ini dapat memberi ruang kepada ahli rombongan merehatkan minda setelah penat bekerja.                         

Selain daripada itu, ahli-ahli rombongan juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim juga member peluang untuk melihat dunia luar serta menambah pengetahuan daripada sesi lawatan tentang tempat-tempat yang dikunjungi

 Hasil rombongan ini, semua ahli sangat berpuashati dan mencadangkan agar pihak perngurusan PERSIAP Penjara Kajang akan membuat lagi rombongan-rombongan yang seterusnya.