Lawatan PERSIAP Pusat Pemulihan Akhlak Muar ke Muzium Penjara, Melaka

Pada 20 September 2015 – Beberapa ahli Persiap dan anggota Pusat Pemulihan Akhlak Muar, telah mengadakan lawatan ke Muzium Jabatan Penjara, Bandar Hilir Melaka sempena cuti sekolah. Pelbagai aktiviti diadakan, di antaranya adalah Program Mesej Dari Penjara yang disampaikan oleh banduan, Pameran Kerjaya Jabatan Penjara, Pertandingan Mewarna/melukis bagi pelajar sekolah dan juga lawatan malam ke Muzium Penjara. Program lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara anggota dan ahli Persiap yang lain.