Ceramah Agama 'Suri Tauladan Anak-Anak Perempuan Rasulullah' Oleh Biro Agama PERSIAP Malaysia

Pada 16 April 2016 (Rabu) bertempat di Dewan Wawasan, Penjara Seremban telah berlangsungnya ceramah agama yang bertajuk 'Suri Tauladan Anak-Anak Perempuan Rasulullah'. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Biro Agama Majlis Tertinggi PERSIAP Malaysia dan dikelolakan oleh PERSIAP Penjara Negeri Sembilan. Majlis ini telah dihadiri seramai lebih kurang 200 orang Ahli PERSIAP seluruh Malaysia dan Ahli Bersekutu. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. Datin Hajah Shakimah binti Abdullah, Naib YDP PERSIAP Malaysia; Pengarah Penjara Negeri Sembilan dan Pengarah Penjara Seremban.

Pihak Jawatankuasa Majlis telah menjemput Ustaz Wan Aminuddin bin Wan Abdullah sebagai penceramah. Para peserta sedikit sebanyak mendapat informasi-informasi berguna daripada ceramah tersebut antaranya mengetahui pengorbanan, kekuatan serta dedikasi anak-anak perempuan Rasulullah s.a.w.