Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan Pap Smear Anjuran PERSIAP Cawangan Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak

Pada 24 Mei 2016 (Selasa), bertempat di Bilik Kiosk Pejabat Pentadbiran Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak telah diadakan Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan Pap Smear. Program anjuran PERSIAP Cawangan Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi yang melibatkan seramai 30 orang peserta.