Program Ziarah Kebajikan PERSIAP Malaysia di SHG Telok Mas,Melaka


Pada 18 Ogos 2017 PERSIAP Malaysia telah mengadakan 'Program Ziarah Kebajikan'  bertempat di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man (Yang Dipertua PERSIAP), Puan Normalizah binti Safari (Pengerusi PERSIAP Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka), Puan Norasmah binti Mohd Din (Pengerusi PERSIAP SHG Telok Mas) , AJK Majlis Tertinggi dan ahli-ahli PERSIAP SHG Telok Mas. YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man telah menyampaikan sumbangan kepada isteri seorang anggota yang mengidap penyakit buah pinggang tahap 4, anak-anak kakitangan yang mengalami masalah pembelajaran, menghidap penyakit masalah penglihatan dan turut menziarahi kakitangan yang menghidap penyakit saraf.



Kali Terakhir dikemaskini (FRIDAY, 04 Mei 2018 02:01)