Program Pembangunan Insan "Kesejahteraan Institusi Kekeluargaan"

Program Pembangunan Insan: Kesejahteraan Institusi Kekeluargaan anjuran Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, PERSIAP dengan kerjasama PERSIAP Cawangan Penjara Pokok Sena telah diadakan pada 29 April hingga 1 Mei 2017 di Penjara Pokok Sena. Program ini melibatkan penyertaan seramai 145 peserta dari 25 PERSIAP Cawangan yang terdiri di kalangan ahli-ahli PERSIAP dan anak-anak remaja yang berumur 13 tahun hingga 18 tahun.

Antara pengisian program ini adalah aktiviti Ice Breaking, slot ceramah motivasi yang dikendalikan oleh Encik Solhi Sharif dari UWAis Followership Academy. Ceramah Perdana “ Keluarga Mawaddah Asas Kesejahteraan Ummah” yang telah disampaikan oleh Syeikh Faisol Bin Hj Omar, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jabatan Hal Ehwal Islam, Negeri Kedah. Manakala, ceramah “Membina Hala Tuju Anak Yang Cemerlang” disampaikan oleh Syeikh Hj Yusoff Bin Hj Ahmad, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Islam, Negeri Kedah.

Majlis Perasmian Penutupan telah berlangsung pada 1 Mei 2017 yang disempurnakan oleh YBhg. Datin Hajah Shakimah binti Abdullah, Naib Yang Dipertua PERSIAP Malaysia merangkap Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga. Dalam Majlis tersebut, YBhg. Datin Hajah Shakimah binti Abdullah telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta program. Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengarah-pengarah Negeri Zon Utara, Ketua-ketua Institusi Penjara Zon Utara, Pengerusi – pengerusi PERSIAP Cawangan Zon Utara, Puan Hajah Siti Mariam binti Abdullah, Pengerusi Ahli Bersekutu Negeri Kedah dan Dr. Habshoh binti Hat.


alt
alt

alt

alt
alt
alt
alt