Mesyuarat Majlis Tertinggi Bil. 1/2017 dan Pra Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-28

Pada 18 Februari 2017 bertempat di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah diadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Bil. 1/2017 dan Pra Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-28. Seramai 85 orang Ahli Majlis Tertinggi PERSIAP seluruh Malaysia menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man.