Mesyuarat Agung perwakilan PERSIAP Kali Ke-28

Mesyuarat Agung Perwakilan PERSIAP Kali Ke-28 telah diadakan pada 8 April 2017 bertempat di Dewan Kompleks Penjara Kajang yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara merangkap Penaung PERSIAP Malaysia. Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah-Pengarah Negeri dan Institusi yang berhampiran turut hadir menjayakan majlis perasmian tersebut. Penghujung majlis tersebut diisi dengan perkongsian ilmu berkaitan peranan wanita dalam keluarga yang bertajuk “Mengimbangi Keperluan Wanita Antara Kerjaya, Keluarga dan Keterlibatan Dalam Persatuan” yang disampaikan oleh pakar motivasi Saudara Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali dengan Shamsul Debat. Mesyuarat Agung Perwakilan PERSIAP Kali Ke-28 teruskan dengan dipengerusikan oleh YBhg. Datin Hajah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia.


alt
alt
alt
alt
alt
alt
alt
alt
alt
alt