Lawatan PERSIAP Malaysia Ke Kampung Gong Kedak, Jerteh, Terengganu.

Pada 11 Ogos 2017, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia iaitu YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man dan YBhg. Datin Hajah Shakimah binti Abdullah (Naib Yang DiPertua PERSIAP Malaysia) bersama Pengerusi PERSIAP Cawangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Marang dan Ahli Jawatankuasa telah mengadakan lawatan ke rumah Ahli Bersekutu Penjara Malaysia di Kuarters Pengkalan Tentera Udara (TUDM) Gong Kedak, Jerteh, Terengganu. Turut serta dalam lawatan kali ini ialah rombongan Ahli Bersekutu dari Negeri Kedah.


alt