Program Kami Cakna PERSIAP Malaysia Bersama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Terengganu

PERSIAP Malaysia telah menganjurkan Program Kami Cakna bertempat di Dewan Dato’ Ibrahim, Penjara Marang Terengganu pada 12 Ogos 2017 (Jumaat). Program seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh PERSIAP Malaysia yang bertujuan untuk meraikan insan istimewa dari Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) di Terengganu.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PERSIAP Malaysia iaitu YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man. Turut hadir sama ke program ini ialah Pengerusi PERTIS Negeri Terengganu, Encik Fauzi bin Mansor, YBhg. Datin Hajah Shakimah binti Abdullah selaku Naib Yang DiPertua PERSIAP Malaysia serta YBhg. Datin Noriza binti Mohamed (Ketua Biro Ahli Bersekutu), Pengerusi PERSIAP Cawangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Pengerusi, Naib Pengerusi dan AJK PERSIAP Cawangan Penjara Marang Terengganu, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Pengarah Penjara Marang Terengganu, Pengarah Pusat Koreksional Dungun Terengganu, Timbalan Pengarah Penjara Marang Terengganu dan Ahli Bersekutu Negeri Kedah.

Seramai 50 warga PERTIS Terengganu dan 300 orang peserta hadir dalam Program Kami Cakna pada kali ini. Turut disajikan dalam program ini ialah Acara Free Market dan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Gong Balai dan pameran oleh Klinik Kesihatan Daerah Marang, Terengganu.


alt