Majlis Makan Malam ‘Sejuta Memori’, Riang Ria Sukaneka Dan Lawatan Ke IKS

Program ini disempurnakan oleh YBhg. Datin Sri Hjh. Noraini Binti Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia. Hadir bersama pada program ini ialah YBhg. Datin Hajah Shakimah Binti Abdullah, Naib Yang Dipertua PERSIAP II dan YBhg. Datin Hajah Rosnani Binti Mohamed, Naib Yang Dipertua PERSIAP III dan YBhg. Datin Hajah Zihana Bt Mohd Zain selaku Ketua Biro Sukan dan Sosial. Turut hadir Puan Siti Mariam Binti Abdullah, Mantan Naib Yang Dipertua Persiap Malaysia. Penyertaan kali ini sangat memberangsangkan iaitu seramai 192 orang penyertaan. Manakala, penyertaan ahli bersekutu seramai 86 orang.


Majlis Makan Malam ‘Sejuta Memori’ dihiburkan dengan persembahan hiburan dan diselitkan acara cabutan bertuah. Program ini telah diisi dengan aktiviti sukaneka, lawatan ke IKS Wisma Masri, Pusat Jualan MPM Enterprise Sdn. Bhd serta Agro Bazaar Nata De Coco dan Minyak Kelapa Dara, Sungai Besar.


alt

Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 21 JANUARY 2020 03:03)