Lawatan Turun Padang YBhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee Binti Haji Abdul Rahman, Penaung Puspanita Cawangan KDN Ke Penjara Wanita Kajang, Selangor.

PKK Lim Kim Mooi selaku Pengarah Penjara Wanita Kajang memberikan taklimat keselamatan dan pengurusan di pintu utama. Seterusnya rombongan ke taska bagi sesi penyampaian sumbangan keperluan bayi dan kanak-kanak. Kemudiannya rombongan dibawa melawat bengkel jahit, kraftangan, batik dan membuat perasmian di Bengkel Pastri.